Raja pecut negara, Khairul Hafiz Jantan, mendedahkan punca mengapa dia tidak menyertai sebarang kejohanan sejak lapan bulan lalu sehingga diketepikan daripada menyertai Kejohanan Olahraga Asia, hujung bulan ini.
Selepas lapan bulan tidak menyertai mana-mana kejohanan, Khairul Hafiz kini sedang merancang sesuatu bagi melakar kebangkitan selepas beberapa pelari negara mencatatkan masa terbaik tahun ini.
Kejohanan terakhir yang disertainya adalah Sukan Asia Indonesia, Ogos lalu, namun dia selepas itu mengambil keputusan untuk menumpukan terhadap misi menambah berat badan sebanyak lima kilogram bagi meningkatkan daya pecutannya.
Sepanjang tempoh itu, dia dapat menyaksikan kebangkitan daripada pelari Indonesia, Lalu Muhammad Zohri, yang menjuarai Kejohanan Olahraga Grand Prix (GP) Malaysia, minggu lalu selain Russel Alexander Nasir Taib yang memecahkan rekod kebangsaan miliknya dalam acara 200 meter.
Dia kini sedang bekerjasama dengan Institut Sukan Negara (ISN) bagi meningkatkan daya pecutannya menerusi proses menguatkan otot.
Dia juga mungkin akan terlepas Kejohanan Olahraga Asia di Doha, Qatar, hujung bulan ini.
"Saya datang ke sini (ISN) untuk menambah kekuatan fizikal dan meningkatkan berat badan.
"Saya memerlukan otot yang kuat kerana saya memiliki fizikal yang kecil.
"Saya mahu menumpukan kepada Sukan SEA, November ini dan mungkin tidak akan menyertai kejohanan lain," katanya.