Dalam temubual bersama wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, tonggak Selangor itu percaya masih mampu memberikan sumbangan kepada negara menerusi pengalamannya.
Khairul atau mesra dengan panggilan Ayon muncul pemain paling berusia yang dipanggil untuk menyertai kem latihan pusat skuad futsal negara.
"Saya dah biasa dengan perkara ini, jika saya sudah tidak relevan lagi, tetapi saya masih lagi di sini. Perkara itu biasa, saya cuma berikan yang terbaik orang lain boleh menilai persembahan saya sendiri.
Skuad futsal Harimau Malaya kendalian Rakphol Sainetngam, hari ini memulakan kem latihan pusat di Arena Futsal FAM, Kelana Jaya bagi persiapan menghadapi Kejuaraan Futsal ASEAN 2024 di Nakhon Ratchasima, Thailand, 2 hingga 10 November 2024. pic.twitter.com/kVgmPdTunX
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) October 7, 2024
"Dalam peringkat kumpulan mungkin agar sukar, tetapi jurulatih percaya dengan pemain. Dalam masa seminggu dua ini kita boleh lihat bagaimana jurulatih menyediakan dengan pemain yang sedia ada ini.
Skuad futsal negara kini membuat persiapan menjelang Kejuaraan Futsal ASEAN di Thailand bulan depan dengan tumpuan terarah kepada pemain Selangor dan Johor Darul Ta'zim.
bermusuhan pada aksi final piala futsal malaysia di axiata arena, ahad lalu, mereka kini bersatu hati untuk misi mengharumkan nama negara di pentas asean.
"Kita bersaing dalam gelanggang tetapi berkawan di luar, itu perkara biasa. Jika berpusing pasti akan berjumpa semula kerana persahabatan akan tetap ada. Itu yang menjadikan kami profesional." tambahnya lagi.