Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) akan memberi keutamaan kepada jaguh lompat tinggi, Lee Hup Wei, dalam membuat persiapan memburu tiket Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas meraih tangga kelapan dalam Kejohanan Olahraga Dunia di Doha, Qatar, semalam.
Tatkala beberapa atlet olahraga bergelut untuk mendapatkan kelulusan bagi menjalani latihan atau menyertai kejohanan di luar negara berikutan penggantungan dana daripada Majlis Sukan Negara (MSN), situasi itu mungkin tidak menimpa Hup Wei selepas menempatkan diri di tangga kelapan dengan catatan 2.27 meter dalam aksi final Kejohanan Dunia 2019.
Atlet berusia 32 tahun itu melakukan lompatan lebih baik ketika di peringkat kelayakan dengan catatan 2.29m, kurang 4sm daripada had kelayakan Sukan Olimpik 2020.
Maka, Hup Wei, yang dijadualkan pulang ke tanah air esok, sepatutnya mendapat keutamaan untuk berlatih dan menyertai kejohanan di luar negara.
"Hup Wei seorang atlet yang sangat fokus, komited dan matang. Dia tahu di mana dia perlu berada.
"Mungkin dia lebih selesa dan sesuai berlatih di Malaysia dan ia kena di tempatnya.
"Sama ada berlatih di dalam atau luar negara, sebenarnya sikap atlet itu sendiri yang menentukan kejayaannya sendiri, ia sangat penting.
"Memang kami sering memberi peluang kepada atlet untuk berlatih dan menyertai kejohanan di luar negara tetapi ia berbalik kepada sikap," jelas ketua jurulatih skuad olahraga negara, Mohd Manshahar Abd Jalil, di Stadium Mini Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, hari ini.
Buat masa ini, belum ada atlet olahraga yang layak ke Sukan Olimpik 2020 secara merit.
Dalam Sukan Olimpik Rio 2016, seorang lagi jaguh lompat tinggi, Nauraj Singh Randhawa, layak secara merit sementara ratu pecut, Zaidatul Husniah Zulkifli, mendapat tiket peluang khas.