Biarpun hanya dibarisi pekerja bank, nelayan dan juga pelbagai latar belakang pekerjaan harian, skuad kenu negara mencipta sensasi dalam penampilan sulung Sukan Asia bagi acara bot tradisional sebelum perjalanan mereka terhenti di peringkat separuh akhir, hari ini.
Sukan kenu sudah mula dipertandingkan sejak edisi 1990 di Beijing, China, lagi. Namun, hanya selepas 28 tahun, barulah Malaysia membuat kemunculan pertama.
Rata-rata atlet yang memikul cabaran negara merupakan amatur yang mempunyai latar belakang berbeza seperti nelayan, pekerja bank, ahli perniagaan dan juga peguam.
Begitupun, ia tidak mematahkan semangat mereka untuk bersaing.
Dalam sesi kelayakan pagi ini bagi acara bot tradisional, skuad lelaki menunjukkan aksi terbaik tetapi hanya dipisahkan 1.264 saat dengan Myanmar untuk melangkah ke separuh akhir untuk Malaysia menghabiskan saingan di tempat keempat.
Mereka diberi kesempatan kedua apabila beraksi dalam acara repechage dan menamatkan saingan di tempat kedua di belakang Filipina.
Bagaimanapun, perjalanan mereka terhenti dalam separuh akhir apabila sekali lagi ketinggalan hanya beberapa meter dengan pencabar, Myanmar, untuk berputih mata menamatkan saingan di tempat keempat.
"Pencapaian ini agak baik buat kami memandangkan beberapa ahli pasukan kami mengalami sakit perut dan demam.
"Kami tidaklah beraksi di tahap terbaik, namun kami berpuas hati kerana dapat menyaingi pasukan-pasukan lain," kata atlet negara, Low Kah Choon.
Sementara itu, bagi skuad wanita pula, nasib tidak menyebelahi mereka apabila mengakhiri saingan kelayakan dan repechage di tempat terakhir.
"Mereka telah meningkat dengan pesat.
"Ini kali pertama penyertaan mereka dalam Sukan Asia dan biarlah mereka menimba pengalaman dengan harapan dapat memperluaskan lagi sukan ini di Malaysia," kata jurulatih kenu dan kayak bot tradisional negara, Koh Soo Choon.