Tahun 2025 masuk 16 tahun penganjuran Fast5 Netball World Series iaitu kejohanan antarabangsa anjuran World Netball yang menampilkan enam negara bagi merebut kejuaraan.
Seperti sukan-sukan lain contohnya ragbi, bola jaring juga boleh dimainkan dengan jumlah pemain yang lebih kecil dimana untuk Fast5, satu pasukan hanya memerlukan 5 pemain diatas gelanggang berbanding 7 pemain bagi format asal.
Dikenali sebagai World Netball Series pada awal penganjurannya sehingga 2011, kejohanan ini menuntut permainan yang lebih pantas serta sudah pastinya, barisan pemain untuk lebih cergas dan strategi yang berbeza.
Menariknya, hanya kuasa besar bola jaring terlibat dalam kejohanan ini dengan mengambil kira kedudukan ranking dunia, dan New Zealand muncul negara pertama menjuarainya pada 2009 dan 6 lagi kejuaraan yang direkodkan dari 2010 hingga 2018.
Apabila Fast5 kembali pada 2022, Australia kemudiannya merampas dominasi itu termasuk mengecewakan New Zealand dalam dua pentas final epik berikutnya, sekaligus membuktikan kewibawaan Australia sebagai world no.1 ketika ini.
Pada 2022 juga, Fast5 telah mula memperkenalkan saingan buat pasukan bola jaring lelaki dimana New Zealand sekali lagi mencatat sejarah sebagai juara sulung kejohanan itu. Bagaimanapun, Australia yang kecewa sebagai naib juara 2 kali berturut-turut berjaya melunas dendam pada 2024 yang secara automatiknya turut mencipta sejarah sebagai negara pertama dengan kejuaraan berganda Fast5, lelaki dan wanita.
Fast5 akan kembali menemui peminat bola jaring dunia pada awal November nanti dimana giliran Afrika Selatan pula mencipta sejarah tersendiri, merekodkan penganjuran hatrik apabila Wolfbrook Arena sekali lagi menjadi gelanggang rasmi Fast5.
Cuba Sekarang

Protein On-The-Go
Nikmati cara paling mudah dapatkan protein harian — cepat, sedap & mengenyangkan.
Cuba Sekarang