Pemain warisan Malaysia-Amerika Syarikat (AS), Aryssa Mahrt, membuat penampilan pertama bersama skuad kebangsaan.
Malayan Tigress terpaksa akur tewas 0-2 kepada Arab Saudi dalam satu perlawanan persahabatan antarabangsa di Qatar malam tadi.
Dua gol pada penghujung aksi oleh Seba Tawfiq (M-87) dan Mubarkha Alsaiari (M-90) menghadiahkan kemenangan buat pasukan ranking ke-157 Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) itu.
Skuad bola sepak wanita utama negara itu yang kini dibimbing oleh Nidzam Adzha Yusoff sekali lagi akan bertemu Arab Saudi bagi perlawanan seterusnya pada 13 Oktober ini.