Skip to main content

Sukan Lain

Ken Harnden putuskan status Azeem Fahmi ke Sukan SEA Thailand

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

azeem.jpg
Pemegang rekod 100m (meter) negara, Azeem Fahmi, menyerahkan 100% kata putus kepada jurulatihnya, Ken Harnden, mengenai penglibatan dirinya di Sukan SEA Thailand yang akan membuka tirai pada Disember depan.

Ini susulan Azeem terikat dengan perancangan terperinci jurulatihnya di Amerika Syarikat selain kontrak bersama NCAA dan Universiti Auburn.

"Secara jujurnya saya tidak kisah langsung kepada kami datang daripada kumpulan yang sama, saya tidak boleh nafikan yang dia lakukan dengan baik sekarang.

"Bagi saya kenapa saya memilih untuk keluar (negara) adalah kerana saya ingin keluar daripada zon selesa saya untuk meraih lebih banyak ilmu dan pengalaman.

"Untuk dibandingkan dengan Puripol adalah satu penghormatan juga buat saya, dia antara pelari muda terpantas dalam dunia. 

'Ketika ramai yang mengatakan saya tidak boleh saingi Puripol, saya tidak nafikan itu kerana dia seorang yang terbaik di dunia.

"Saya harap dapat menjadi lebih baik daripada mereka dan menjadi pelari pecut pertama yang meraih catatan dibawah 10 saat pertama di Asia Tenggara." katanya.

Sekiranya mendapat lampu hijau, kudrat Azeem ditagih kem olahraga negara dalam acara riben biru, 200m serta 4 x100m.

Menyedari tekanan semakin memuncak untuk merampas kembali status raja pecut Asia Tenggara yang pernah jmenadi milik Khairul Hafiz Jantan dan Haiqal Hanafi sejak 8 tahun lalu.

Aspirasi Azeem untuk meneruskan legasi pelari pecut handalan negara dalam acara riben biru itu umpama syarat wajib dan harus menewaskan jaguh Thailand, Puripol Boonson.

Meskipun rekod pertemuan Azeem dan Puripol memihak jaguh Thailand itu dalam tiga pertemuan sebelum ini, Azeem mengikuti rapat peningkatan Puripol secara terperinci sebelum memikirkan untuk memecut seteru utamanya itu nanti. 

Advertisement

Must Watch Video