Skip to main content

Bola Keranjang

Kempen LeBron James tamat awal

lebron-james.jpg
Musim LeBron James telah berakhir, demikian Los Angeles Lakers mengesahkannya.

Pemain handalan NBA itu mengharungi kempen kedua paling produktif dalam karier gemilangnya daripada segi pungutan mata dalam setiap perlawanan biarpun Lakers sekali lagi menempuhi musim yang mengecewakan apabila gagal mencapai play-off malah kejohanan play-in minggu depan.

LeBron terseliuh buku lalinya dalam kekalahan di New Orleans Pelicans pada hujung lalu sebelum Lakers mengesahkan bahawa pemain akan terlepas salah satu daripada dua perlawanan terakhir menentang Oklahoma City Thunder atau Denver Nuggets.

The Lakers' menciap di Twitter: "Kaki kiri LeBron James baru-baru ini dinilai semula oleh kakitangan perubatan pasukan dan disebabkan buku lali terpelecok dalam perlawanan pada 27 Mac lalu, dia akan terlepas baki perlawanan NBA musim 2021-22 bagi memberinya ruang untuk sembuah dan pemulihan sepenuhnya."




Pemain berusia 37 tahun itu terlibat dalam 56 perlawanan musim ini dengan purata 30.3 mata dalam setiap perlawanan dan ini kali kedua dia mencatat purata lebih 30 mata semusim (purata 31.4 mata untuk Cleveland Cavaliers pada 2005-06) dan musim ini hanya diatasi Joel Embiid dengan purata 30.4 mata. 

LeBron mencatat purata 8.2 rebound, 6.2 bantuan jaringan selain memperbaiki teknik lontaran tiga mata untuk mencecah purata musim tertinggi sepanjang kerjayanya iaitu 2.9 dan 8.0 percubaan dalam setiap perlawanan.

Dia juga muncul pemain pertama dalam sejarah NBA yang mencatat lebih daripada 10,000 mata termasuk rebound dan bantuan jaringan.
 

Advertisement

Must Watch Video