Skip to main content

Sukan Lain

Kemelut POS dapat perhatian Pesuruhjaya Sukan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pjs.jpg
Kemelut dalaman Persatuan Olahraga Selangor (POS) mendapat perhatian Pesuruhjaya Sukan, Suhardi Alias, yang menggesa pihak terlibat perlu menyelesaikan isu tersebut dengan cara lebih efektif, sambil berlapang dada tanpa perlu membawa perbalahan ini ke peringkat perbincangan tertinggi.   

Isu berkenaan dikatakan berpunca daripada beberapa tindakan yang bertentangan dengan prosedur Mesyuarat Agung Tahunan melibatkan presidennya, Nur Hayati Karim, termasuk laporan kewangan yang meragukan serta penggantungan enam ahli gabungan tanpa alasan kukuh.

Suhardi turut menekankan bahawa tindakan menggantung enam ahli gabungan seumur hidup tanpa justifikasi sah, bukan sahaja membelakangkan hak demokrasi tetapi penilaian secara objektif perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang bentuk hukuman.

"Jika hukuman diberikan, kita seolah-olah mengetepikan hak pemegang jawatan untuk terus menyumbang. 

"Walaupun ia dibenarkan menerusi perlembagaan, kita harus memiliki penilaian."

Dalam masa sama, Suhardi menyeru semua pihak dan ahli gabungan POS memberikan kerjasama penuh untuk tidak membiarkan organisasi itu tenggelam dalam konflik dalaman, dan perlu meletakkan fokus kepada agenda yang lebih penting iaitu misi mempertingkatkan mutu dan kualiti sukan olahraga negara.

Advertisement

Must Watch Video