HOKI
Kelayakan Sukan Olimpik Paris: The Speedy Tigers mula langkah sumbang
MALAYSIA 2 CHINA 3
Peluang terakhir skuad hoki Malaysia untuk layak ke Sukan Olimpik Paris semakin berliku apabila tumpas 2-3 kepada China, malam tadi.
Anak buah Arul Selvaraj gagal mempertahankan kelebihan awal yang dicipta Azrai Aizad Kamal dalam suku kedua di Stadium Hoki Oman, Muscat, itu.
Iklan
Tetapi skrip berubah dalam suku ketiga apabila China mendahului 2-1 menerusi tolakan Lin Changliang dan Chao Jieming.
Malaysia menebus kedudukan itu melalui flik Razie Rahim untuk kedudukan 2-2 tetapi China ternyata mempunyai rencana berbeza.
Gao Jiesheng memberikan China kemenangan dalam pertemuan Kumpulan A tersebut apabila meledak gol dalam minit ke-60 untuk mengecewakan harapan The Speedy Tigers.
Malaysia akan meneruskan perjuangan menentang Great Britain dalam aksi seterusnya pada tengah malam Khamis ini.
Must-Watch Video