SUKAN OLIMPIK
Kelayakan Sukan Olimpik Paris: Skuad hoki wanita negara terkandas
Malaysia kendalian Mohamed Nasihin Nubil Ibrahim terlepas tiket ke Olimpik Paris apabila tewas buat kali kedua di Valencia, Sepanyol.
Skuad diketuai Juliani Din tewas, 0-3 kepada Kanada sekali gus menutup peluang untuk sekurang-kurangnya raih tangga kedua Kumpulan B.
Iklan
Kekalahan ini menyusul sehari selepas Malaysia tewas, 0-7 kepada tuan rumah, Sepanyol pada Sabtu.
Sara McManus berjaya sumbang dua gol buat skuad Kanada melalui pukulan sudut penalty dan Thora Rae meledak satu jaringan padang untuk mereka kutip tiga mata penuh dalam perlawanan ini.
Malaysia akan melengkapkan aksi Kumpulan B menentang juara Olimpik 2016, Great Britain pada Selasa.
Kegagalan skuad wanita bermakna harapan Malaysia kini terarah kepada pasukan lelaki yang akan memulakan cabaran buru tiket Olimpik dengan menentang China di Oman, Isnin ini.
Must-Watch Video