Skip to main content

Futsal

Kelayakan Piala Asia: SUKPA dalam keadaan terbaik, Malaysia mampu ke pusingan akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

rosmadi-futsal.jpg
Pengerusi Jawatankuasa Futsal dan Bola Sepak Pantai Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Rosmadi Ismail, mengesahkan Stadium Tertutup SUKPA, Kuantan berada di tahap terbaik menjelang pusingan kelayakan Futsal Piala Asia 2026 di venue itu bermula Sabtu ini.

Menurutnya, segala fasiliti dan kemudahan sudah pun dinaik taraf demi kelancaran sepanjang seminggu kejohanan itu berlangsung.

Rosmadi turut percaya Malaysia mampu layak ke pusingan akhir Piala Asia 2026 di Indonesia pada Januari depan, meskipun berdepan laluan sukar, terutama bakal berdepan pasukan pilihan, Iran, selain Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bangladesh dalam saingan Kumpulan G.

"Setakat hari ini, berdasarkan laporan yang saya dapat, kita sudah bersedia untuk menganjurkan sebuah kejohanan peringkat antarabangsa," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.

"Infrastruktur SUKPA sendiri sudah dinaik taraf dan Insya-Allah perjalanan kejohanan ini akan berjalan lancar.

"Sesiapa sahaja lawan kita, kita perlu bersaing, termasuk Iran.

"Kerana tiada apa yang mustahil, bola itu bulat dan saya dah nyatakan kepada jurulatih dan pemain, apa pun yang berlaku, kita perlu menang perlawanan pertama.

"Mentaliti pemain ketika ini amat baik dan saya yakin pemain kita akan dapat buat yang terbaik dengan taktikal yang diterapkan jurulatih," katanya.

Malaysia akan membuka kempen dengan bertemu UAE pada Sabtu ini sebelum menghadapi Bangladesh dan Iran

 

Advertisement

Must Watch Video