Skip to main content

Futsal

Kelayakan Piala Asia Futsal 2026: Syahir beri jaminan tampil prestasi terbaik

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

syahir.jpg
Bintang muda skuad futsal negara, Syahir Iqbal Khan Akbar Khan, memberi jaminan untuk menampilkan prestasi terbaik bagi membantu Malaysia mengharungi kempen Kelayakan Futsal Piala Asia 2026 di Stadium Tertutup Sukpa Kuantan, Pahang bermula Sabtu ini.

Sedar akan tugas berat menanti dia dan rakan sepasukan terutamanya untuk berdepan cabaran pasukan pilihan seperti Iran, anak jati kelahiran Kelantan itu bagaimanapun percaya dengan komitmen tinggi barisan kejurulatihan dan pemain, tidak mustahil malaysia mampu layak ke pusingan akhir Piala Asia selepas kali terakhir melakukannya pada edisi 2018.

Pemain terbaik final Piala Malaysia Futsal 2025 itu turut menyifatkan beraksi di laman sendiri selaku tuan rumah bukanlah tekanan sebaliknya kelebihan buat Malaysia.
 

Untuk rekod, Malaysia telah beraksi dalam 12 edisi Kejohanan Futsal Piala Asia.

Advertisement

Must Watch Video