Didier Deschamps menawarkan sokongan kepada Kingsley Coman untuk bangkit daripada kecederaan terbarunya selepas pemain sayap Bayern Munich itu diketepikan dalam aksi Perancis dengan Iceland untuk kempen kelayakan Euro 2020.
Coman dijangka memulakan perlawanan pembukaan Kumpulan H ketika bertemu Moldova, Sabtu lalu, tetapi mengalami kecederaan belakang ketika sesi memanaskan badan yang memaksanya untuk menarik diri.
Kecederaan pergelangan kaki menyaksikan Coman dipinggirkan dalam tiga bulan pertama Bundesliga selain diketepikan bulan lalu akibat masalah hamstring.
Biarpun ditimpa kekecewaan terbaru, Deschamps tidak percaya wujud kebimbangan besar tentang kecergasan Coman.
"Ia situasi yang malang buatnya," kata Deschamps dalam sidang akhbar. "Dia memang sedih dengan nasibnya.
"Saya tidak bimbang, ia bukanlah kecederaan besar. Di pernah ditimpa dua kecederaan serius di pergelangan kakinya, kemudian fizikalnya mula bertindak balas.
"Kali ini masalah belakang pula berlaku berikutan ada ketegangan di bahagian punggung dan pahanya. Dia meninggalkan kami dengan keadaan sedih petang ini. Dia sudah pun kecewa kerana tidak dapat menghadapi Moldova seperti yang dirancang.
"Dia akan menjaga dirinya sendiri. Dia masih muda tetapi jelas sekali kecederaan berulang adalah tidak bagus. Namun, dia mempunyai kualiti dan mentalnya kuat, jadi saya berharap dia akan dapat mengelak kecederaan pada masa akan datang."
Dengan Coman terpaksa meninggalkan kem Perancis, Samuel Umtiti akan dipertaruhkan biarpun diselubungi kecederaan.
Deschamps yakin pemain berusia 25 tahun itu akan cergas untuk menghadapi Iceland setelah bermain selama 90 minit dalam kemenangan 4-1 ke atas Moldova.
"Saya rasa dia boleh melakukannya," kata Deschamps ketika ditanya tentang memulakan Umtiti di Stade de France. "Begitupun, saya tidak akan menyembunyikan hakikat bahawa saya akan mengambil masa untuk membuat keputusan malam ini.
"Memang benar dia kurang beraksi bersama kelabnya, jadi saya akan bertanya kepadanya mengenai keadaan sebenar dan apa yang boleh kami lakukan.
"Walaupun dia bermain selama 90 minit di Moldova, dia kelihatan tidak begitu penat, khususnya bagi seorang pertahanan daripada segi larian. Pada Sabtu lalu, Samuel tidak banyak diasak di sebalik ia aksi yang sukar.
"Saya akan memantaunya dalam sesi latihan hari ini dan saya akan membuat keputusan selepas itu."