Pelakon Indonesia popular, Jefri Nichol, terpaksa menerima kenyataan bahawa tewas buat kali kedua di tangan petinju, El Rumi, semalam.
Untuk rekod, kekasih kepada artis terkemuka tanah air, Nur Ameera Abdul Halim Khan atau mesra dipanggil Little Miss Khan (LMK) itu kalah selepas 38 saat (s) sejurus berada dalam gelanggang Super Knockout Vol.3 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Jakarta (JICC).
Ameera Khan merupakan adik kepada usahawan dan pengacara wanita, Noor Neelofa Mohd Noor.
Sementara itu, El Rumi merupakan anak kepada penyanyi tersohor Indonesia, Ahmad Dhani.
Difahamkan Jefri mengalami kecederaan bahu dan terpaksa menarik diri daripada meneruskan aksi.
Ketika Vol.1, El Rumi merangkul kejuaraan dengan menumpaskan Jefri pada 2023.