Wakil Thailand, Singapura dan Indonesia turut berentap buru Kejuaraan Terengganu Pushbike 2025
Edisi keempat Kejuaraan Terengganu Pushbike 2025 mencipta penanda aras tersendiri di mana pertama kali berjaya menarik penyertaan pelumba antarabangsa dari Thailand, Singapura dan Indonesia untuk turut sama berentap dengan pelumba tempatan selama dua hari perlumbaan bagi memburu podium di Pusat Sains dan Kreativit Terengganu(PSKT), Kuala Terengganu.
Menurut pengarah pertandingan, Mohd Zulfadhli Mohamed, menyatakan sebanyak 19 kategori perlumbaan menjadi taruhan yang menyasarkan pelbagai peringkat usia seawal 2 tahun sehingga 9 tahun melibatkan keseluruhan 315 pelumba sekaligus memberi peluang sama rata untuk merangkul kejuaraan edisi kali ini.
“Satu penanda aras baharu buat kejuaraan yang memasuki edisi ke-4 begitu juga buat pelumba-pelumba tempatan di mana pada edisi kali ini kita pertama kali menerima penyertaan dari luar negara. Ianya satu prestij untuk kejuaraan ini begitu juga menambah cabaran buat pelumba-pelumba tempatan untuk berentap sama.
"Walaupun secara umumnya terdapat beberapa pelumba-pelumba tempatan yang telah meraih podium di luar negara begitu juga beberapa pelumba luar negara yang hadir ke sini, namun peluang setiap pelumba tetap seimbang dan sama rata.
"Cabaran di sini tidak hanya pada reka bentuk litar yang agak teknikal bagi setiap pelumba malah faktor cuaca tidak menentu turut tambah nilai cabaran buat mereka untuk menamatkan perlumbaan,” ujar Mohd Zulfadhli Mohamed yang merupakan di antara pemegang taruh utama sukan pushbike dalam negara.
Untuk hari pertama perlumbaan sebanyak lapan kategori dipertandingkan manakala baki sebanyak 13 kategori akan berentap pada hari terakhir kejuaraan di mana kategori Terbuka menjadi acara tumpuan yang mempertaruhkan jarak perlumbaan sejauh 300 meter untuk ditamatkan.
Turut berlangsung di Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu ini adalah beberapa acara sampingan seperti ‘fun walk’, pertandingan mewarna, persembahan dikir barat, pertunjukan maskot, forum sains dan beberapa acara pentas semperna musim cuti persekolahan yang telah bermula ini.