Guido Pella mencipta satu lagi kejutan dalam Kejohanan Tenis Wimbledon selepas menyingkirkan naib juara edisi lalu, Kevin Anderson, dalam pusingan ketiga.
Pela sedang menikmati prestasi terbaiknya dalam grand slam, namun dia tidak asing dengan kejutan di Kelab All England.
Tahun lalu, dia menyingkirkan finalis edisi 2017, Marin Cilic, dan kini, selepas melonjak dalam kedudukan ranking sepanjang tahun lalu, dia mengulangi kejayaan sama ke atas Anderson dengan keputusan straight set.
Pemain Afrika Selatan, Anderson, tewas 6-4, 6-3, 7-6 kepada Novak Djokovic dalam final edisi lalu.
Awal pagi tadi, dia hanya memperoleh satu kejayaan daripada sembilan peluang mata break dan menyesal kerana tidak memanfaatkan peluang itu.
"Amat jelas, saya tidak memanfaatkan peluang saya ketika mata break.
"Ia mungkin faktor utama.
"Sejak game pertama, jumlah mata break yang saya peroleh amat rendah.
"Adakalanya kemenangan kecil itu akan mengubah keseluruhan perlawanan.
"Walaupun saya tewas straight set, tenis merupakan permainan di mana setiap mata boleh mengubah haluan perlawanan.
"Ia perlawanan yang sukar. Amat sukar ketika berada di luar sana," katanya.
Pella akan berdepan pemain pilihan ke-15 kejohanan, Milos Raonic, dalam pusingan berikutnya.