Nick Kyrgios melalui media sosial berharap Rafael Nadal segera sembuh selepas pemain Sepanyol itu menarik diri dalam pertemuan separuh akhir Kejohanan Wimbledon gara-gara kecederaan.
Nadal kelihatan bergelut sepanjang kemenangan epik suku akhir lima set ke atas Taylor Fritz semalam sebelum juara grand slam 22 kali itu mengesahkan bahawa abdomennya terkoyak sepanjang tujuh milimeter.
Juara Wimbledon dua kali itu kemudian terpaksa menarik diri daripada pertandingan berkenaan dalam sidang akhbar awal pagi tadi sambil berkata dia meragui keupayaannya untuk memenangi baki dua perlawanan lagi sambil menahan kesakitan.
Ini bermakna Kyrgios akan menjadi finalis Wimbledon pertama dari Australia sejak Mark Philippoussis pada 2003 malah merupakan pemain pertama yang menerima laluan percuma ke perlawanan akhir Era Terbuka.
Pemain berusia 27 tahun yang penuh berteka-teki itu telah menggunakan Instagram untuk mendoakan kesejahteraan pemain Sepanyol tersebut dengan menulis: "Pemain berbeza, personaliti berbeza.
"Saya harap pemulihan anda berjalan lancar agar kami semua berharap dapat melihat anda sihat tidak lama lagi. Jumpa lagi."

The All England Lawn Tennis Club would like to extend our sympathies to @RafaelNadal #Wimbledon pic.twitter.com/EpLvyyQEKV
— Wimbledon (@Wimbledon) July 7, 2022