Skip to main content

Advertisement

Sepak Takraw

Kejohanan Sepak Takraw MSSM: Kelantan bermula garang

kelantan5c22d40a3d81604aa734ff0000212b38.jpg

Kelantan bermula garang dengan memenangi semua perlawanan dalam setiap kategori umur dalam perlawanan pembukaan Kejohanan Sepak Takraw Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) di Dewan Badminton, Universiti Sains Malaysia (USM), Kubang Kerian dan Majlis Sukan, Telipot, Kota Bharu.

Pasukan bawah 15 memulakan langkah kanan tuan rumah apabila menumpaskan Perlis 3-0 dalam Kumpulan B, sekaligus memberi amaran mereka cukup bersedia untuk memburu kejuaraan berpasukan kali ini.

Pengurus bawah 15 Kelantan, Amran Mamat, menyifatkan pemainnya sudah memberikan aksi terbaik dan berhak mengecapi kemenangan pertama ini.

"Alhamdulillah, kemenangan ini cukup bermakna dan pemain mengikut segala arahan jurulatih.

“Kami berjaya kurangkan kesilapan mudah dan sokongan padu penyokong berjaya membangkitkan naluri ingin menang skuad Kelantan,” katanya.

Terdahulu, pasukan bawah 12 Kelantan menumpaskan Selangor 2-1 dalam aksi yang cukup sengit dan menghiburkan.

Pasukan bawah 18 tuan rumah menjadikan hari yang terbaik untuk Kelantan apabila menyingkirkan Perlis 3-0 untuk mendahului pungutan mata Kumpulan C.

Keputusan lain
Bawah 12
Pulau Pinang  2  Sabah 1
Kedah 2 Pahang 1
Johor  3 Sarawak 0
Terengganu 2  Negeri Sembilan 1
Perlis 2 Kuala Lumpur 1

Bawah 15
Selangor  2  Perak 1
Johor 2 Sabah 1
Kedah 2 Terengganu 1
Kuala Lumpur 2 Melaka 1
Pulau Pinang 2 Negeri Sembilan 1

Bawah 18
Negeri Sembilan 2 Pahang 1
Selangor 2 Sabah 1
Perak 3 Johor 0
Pulau Pinang 3 Melaka 0
Selangor 2 Negeri Sembilan 1
Pahang 2 Sabah 1
Perak 3 Kuala Lumpur 0

 

Advertisement

Must Watch Video