Skip to main content

Advertisement

Sukan Lain

Kejohanan Ragbi Super School: HSBP tekad pamer aksi cemerlang bertemu Sekolah Menengah King Edward

hsbp-coach.jpg
Walaupun tidak layak ke pusingan 16 terbaik, pasukan High School Batu Pahat (HSBP) tetap berazam menampilkan corak permainan unggul ketika menentang Sekolah Menengah King Edward esok.
 

Kemenangan esok mampu membantu mereka menamatkan saingan di kedudukan ketiga Kumpulan X sekaligus menjadi sagu hati selepas dua kekalahan berturut-turut ditangan Akademi Ragbi Selangor serta Terengganu sebelum ini.

Ketua jurulatih HSBP, Ahmad Faiz Mohd Ghawi, turut menganggap, Kejohanan Ragbi Super School edisi kali ini lebih kepada medan memperkuat pasukan dan mengenal pasti kelemahan strategi yang digunakan.

Berakhirnya perlawanan esok, HSBP bakal meneruskan beberapa pertandingan lain termasuk Kejohanan Terbuka Victoria Institution dan Majlis Sukan Sekolah Daerah Batu Pahat bagi memantapkan lagi prestasi pasukan.

Advertisement

Must Watch Video