Jurulatih luncur air, Hanifah Yoong, tidak mahu prestasi atletnya diukur ketika Kejohanan Pra-Sukan SEA pada hujung bulan ini kerana ia melibatkan taktikal yang hanya akan digunakan dalam saingan sebenar bulan depan.
Menerusi sasaran dua emas, Hanifah menjelaskan keringat sebenar akan ditonjolkan dalam temasya itu nanti.
Tegasnya, tidak wajar kekuatan sebenar anak buahnya diukur dalam Pra-Sukan SEA di mana pesaing yang hadir majoritinya dari negara ASEAN.
"Latihan kita tidak akan capai tahap terbaik ketika Pra-Sukan SEA kerana sukar untuk mencapai prestasi tertinggi dalam masa sebulan," katanya.
Sementara itu, atlet harapan sukan air, Aaliyah Yoong Hanifah, mengakui tekanan yang dirasainya kini cukup berbeza.
Selepas membuat penampilan pertama dalam Sukan SEA di Palembang pada usia sembilan tahun, Aaliyah bebas daripada memikirkan sebarang tekanan.
"Kadang-kadang sebelum berlatih, saya memikirkan Sukan SEA dan saya harus melakukan yang baik dalam latihan. Kalau tidak, saya tidak akan beraksi baik dalam temasya itu.
"Saya banyak memikirkannya, jadi dia (jurulatih) banyak membantu saya menenangkan diri sebelum berlatih," katanya.
Dua emas menjadi sasaran Aaliyah menerusi acara tricks dan overall.
Senarai atlet luncur air negara untuk Sukan SEA:
Lelaki
1. Muhamad Haziq Zohari
2. Muhammad Syahir Asyraf
3. Adam Yoong Hanifah
4. Aiden Yoong Hanifah
5. Rody Sofian Buang
6. Jeff Oh
Wanita
1. Nur Nadiah Hanani
2. Cheah Hsu Ann
3. Aaliyah Yoong Hanifah