Skip to main content

Sukan Lain

Kejohanan Petanque Asia: Thailand jadi halangan terakhir Malaysia A rangkul emas

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

petanque.jpg
Hari kedua Kejohanan Petanque Asia 2025 manyaksikan pasukan Malaysia A berjaya menenpah slot ke perlawanan akhir selepas menundukkan Taiwan 13-9 dalam acara triple kategori junior di Pusat Sukan Arena Sentosa, Taman Sri Sentosa Kuala Lumpur (KL).

Meskipun dibelenggu tekanan selepas kesilapan mudah pada pertengahan permainan membuka peluang pihak lawan merapatkan jurang mata, konsistensi balingan pada penghujung aksi akhirnya membuahkan hasil.

Kekuatan pasukan Thailand yang bakal ditemui dalam final bukan penghalang gandingan Muhammad Aidil Zakri, Muhammad Arsyad, Nur Erissya Najwa dan Siti Noor Ellyshatul Balqish untuk menjelmakan emas pertama kejohanan antarabangsa mereka.




"Kami bermain di bawah tekanan. Kami boleh memenangi permainan dengan awal, tetapi kami melakukan kesilapan.

"Semangat menang mengiringi kami untuk meraih kejuaraan di sini.

"Kami akan menewaskan Thailand untuk emas pertama," kata Ellyshatul.
Nike

NIKE SALE: Up to 60% + Extra 15% Off

Dapatkan kasut, pakaian, dan aksesori Nike kegemaran korang dengan diskaun hebat bila beli 2 item atau lebih. Jangan tunggu lama — stok terhad!


Grab Cepat

Advertisement

Must Watch Video