Skip to main content

Sukan Lain

Kejohanan Lebuh Raya Kebangsaan: MPC ungguli acara ujian masa berpasukan elit lelaki

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mpc.jpg
Malaysa Pro Cycling (MPC) mempamerkan prestasi cemerlang dalam Kejohanan Berbasikal Lebuh Raya Kebangsaan 2025 apabila menjuarai acara ujian masa berpasukan lelaki elit di Kolej Vokasional Pagoh, Muar hari ini

Berlumba sejauh 53.4km (26.7km x 2 pusingan), skuad MPC, yang terdiri daripada Mohammad Faiz Fakhri Omar, Ariff Danial Noor Roseidi, Akmal Hakim Zakaria dan Muhammad Zahin Wahhi, mencatatkan masa 1:06:05.709 dengan purata kelajuan mengagumkan, iaitu 48.45 km/j.

Pengarah Pasukan MPC, Sayuti Zahit, berkata: "Kerjasama yang baik, ia satu permulaan yang kukuh untuk kempen kedua kami dalam Kejohanan Kebangsaan. Ini merupakan kali pertama keempat-empat pelumba ini digandingkan untuk acara TTT dan mereka melaksanakannya dengan kerjasama serta komitmen yang tinggi."
 

Advertisement

Must Watch Video