Skip to main content

Bola Keranjang

Kejohanan Jemputan MABA: Wanita negara langkah kanan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

basketball.jpg
Skuad bola keranjang wanita negara memulakan kempen dalam Kejohanan Bola Keranjang Jemputan MABA dengan langkah kanan apabila menundukkan kelab Shanghai 68-52, malam ini.

Kejohanan ini merupakan platform terbaik sebagai aksi pemanas badan menjelang Sukan SEA Kuala Lumpur dari 19 hingga 30 Ogos depan.

Jurulatih skuad negara, Yoong Sze Yuin, menuntut pemainnya mengatasi tekanan menjelang aksi yang lebih mencabar dalam temasya dwi-tahunan itu nanti. 

Sebelum kejohanan jemputan ini, skuad kebangsaan telahpun menjalani sesi latihan di Perth, Australia, di mana mereka mencatat lima kemenangan daripada lapan perlawanan dan selepas itu, mereka meneruskan latihan di Yamagata, Jepun. 

Beraksi di laman sendiri berdepan Shanghai, Malaysia mendominasi perlawanan sejak awal dan berjaya mendahului suku pertama 28-10. 

Skuad negara meneruskan dominasi dalam suku kedua dan Fook Yee Yap merupakan penyumbang mata terbanyak dengan 18 mata dan dia turut membantu kelebihan Malaysia dalam suku kedua, 41-17. 

Memasuki suku ketiga, Shanghai bangkit dan mula merapatkan kedudukan, namun skuad negara tidak memberi ruang dan terus mendominasi 52-38. 

Malaysia akhirnya mencatat kemenangan 68-52 dan pasti ingin meneruskan rentak kemenangan dalam aksi seterusnya dengan misi meraih pingat emas, Ogos depan. 
 

Advertisement

Must Watch Video