Skuad lelaki negara bangkit daripada kemerosotan prestasi, terutama pada suku kedua, untuk menewaskan wakil Taiwan, Normal University, dengan melakar kemenangan 79-70 dalam Kejohanan Bola Keranjang Jemputan MABA, hari ini.
Dalam aksi di Stadium MABA itu, kem negara bermula kurang meyakinkan dengan Normal University pantas menguasai gelanggang dan mendahului 2-0. Namun, ia seolah-olah mengejutkan skuad negara daripada lena, dengan mula memperkemaskan corak permainan.
Kuek Tian Yuan mampamerkan aksi bertenaga dengan muncul penyumbang mata terbanyak dengan tiga rebound untuk Malaysia memenangi suku pertama 22-12.
Bagaimanapun, Normal University bangkit pada suku kedua menerusi aksi mantap Lin Shao En dan Chang Chun Ting yang memperolehi tiga rebound, sekaligus menang 18-11 untuk menyamakan kedudukan 30-30.
Jurulatih negara, Goh Cheng Huat, nyata tahu apa yang perlu dilakukan pada suku ketiga, taktikal yang diterapkannya menyaksikan Malaysia meneruskan aksi dengan cemerlang.
Tian Yuan terus menjadi taruhan dengan menyumbang mata demi mata untuk Malaysia mendahului 56-47.
Pada suku keempat, Normal University terus mengasak dan berjaya merapatkan jurang mata, mujur dengan sokongan padu penonton, Malaysia berjaya mengekang asakan Normal University untuk melakar kemenangan 79-70 dalam aksi sulung kejohanan jemputan antarabangsa itu.
Sementara itu, skuad bola keranjang wanita negara turut mencipta kemenangan dalam aksi kedua yang berlangsung sebentar tadi.
Mereka berjaya meraih kemenangan 75-52 ke atas Taiwan Fo Guang.
Malaysia mengalami kesukaran untuk mengawal permainan dengan kemas dalam dua suku yang pertama apabila mereka ketinggalan 28-29.
Bersambung dalam suku ketiga, skuad bimbingan Sze Yuin Yoong berjaya membawa gerak permainan lawan, sekaligus mendominasi perlawanan sehingga wisel penamat.