Hasrat untuk melihat wakil negara mengisi kesemua lima slot automatik ke Siri Kelayakan ASEAN menerusi Kejohanan Maybank tidak kesampaian.
Wakil negara terpaksa berputih mata dengan aksi dominasi wakil-wakil dari Thailand yang berjaya membolot kesemua 5 slot yang ditawarkan di kejohanan itu.
Kedudukan terbaik oleh wakil Malaysia menerusi Genevieve Ling sekadar menamatkan dua pusingan dengan keputusan 147 pukulan 3 di atas par yang hanya berjaya menempatkan dia di kedudukan keenam keseluruhan.
"Saya telah memberikan segalanya di atas padang, namun terpaksa akur tidak berjaya mendapatkan slot tersebut. tidak mengapa, itulah golf, itulah kehidupan." katanya Genevieve Ling.
Dalam pada itu, wakil amatur Thailand, Kritchanya Kaopattanaskul berjaya mendominasi cabaran di hari pertama dan hari kedua sekali gus meletakkan namanya selaku pendahulu keseluruhan dengan mencatat 137 pukulan 7 di bawah par.