Skip to main content

Permotoran

Kejohanan FIM MiniGP: Qabil Irfan muncul juara kategori 160cc

qabil-irfan.jpg
Tiga kali lagu Negaraku berkumandang di Valencia selepas Qabil Irfan Azlan muncul juara keseluruhan dalam saingan Kejohanan FIM MiniGP bagi kategori 160cc.

Pelumba kelahiran Terengganu itu bermula di petak pertama dan konsisten memimpin perlumbaan sehingga ke garisan penamat.

Bagaimanapun Qabil diberikan tentangan sengit pelumba tuan rumah, Enzo Zaragoza sejak dari permulaan perlumbaan pertama.

Pada satu ketika Zaragoza hampir memintas kedudukan, namun pelumba muda negara itu bijak menutup ruang.

Kedudukan Zaragoza terus rapat di belakang Qabil di lap terakhir sehingga garisan penamat.

Qabil menamatkan perlumbaan dengan catatan 10 minit 24.618 saat. 

Sementara seorang lagi pelumba negara, Ariel Marzuki berada di posisi kesembilan dan 12.



Qabil terus mengekalkan dominasi apabila meneruskan rentak cemerlang apabila memenangi perlumbaan kedua, Kotaro Togashi dari Jepun menghuni tempat kedua selepas pencabar Qabil dalam perlumbaan pertama, Zaragoza di tempat keempat.

Dalam saingan Superace, Qabil memulakan saingan di tempat pertama, tidak berdepan sebarang tentangan sepanjang perlumbaan, di sebalik Togashi kerap kali memperbaiki catatan masa di setiap pusingan, namun Qabil memastikan dia terpantas melepasi garisan penamat sekaligus dinobat sebagai juara keseluruhan.

 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video