Jualan awal tiket Kejohanan Dunia M6 secara rasmi akan dibuka 5 Oktober pada jam 12:00 tengah hari! Peminat boleh membeli tiket bagi Grand Finals Day dan Comeback Day (Lower Bracket second-to-the-last match, Lower Bracket Finals) dengan diskaun 20 peratus menerusi rakan tiket rasmi, Ticket2U.
Saingan M6 Comeback Day dan Grand Finals Day bakal dianjurkan di Axiata Arena, Bukit Jalil. Acara Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) bakal menerima ribuan penonton dari seluruha dunia bagi menyokong pasukan esukan MLBB.
The Comeback Day menampilkan saingan Lower Bracket pada 14 Disember, dan Lower Bracket Finals pada hari yang sama. Penonton boleh membuat pilihan tiket dari Epic (RM24), Legend (RM36), dan Mythic (RM48).
Manakala, saingan Grand Finals Day dijadualkan pada 15 Disember. Tiket bakal dijual pada harga RM24 untuk Epic, RM48 bagi Legend, dan RM 80 untuk Mythic.
Selain itu, pemegang tiket Early Bird berhak mendapat hadiah dalam permainan, tiket cabutan bertuah di tapak dan diskaun 20 peratus untuk tempahan barangan rasmi. Mereka yang menggunakan tiket Early Bird Mythic juga berpeluang mendapatkan autograf rawak daripada pemain M6.

Sementara itu, pra-jualan tiket untuk Comeback Day dan Grand Finals Day akan dilancarkan melalui platform yang sama dari 31 Oktober hingga 5 November. Tarikh untuk jualan tiket biasa akan bermula dari 15 November.