Skip to main content

Sukan Lain

Kejohanan boling padang kebangsaan kembali temui peminat di Terengganu

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

boling.jpg
Kejohanan boling padang kebangsaan kembali mengambil tempat di Kompleks Sukan Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Terengganu bermula 25 hingga 31 Ogos yang, sekali gus menjadi pentas penyumbang mata dalam sistem ranking kebangsaan, sebagai penentu utama pemilihan atlet ke peringkat antarabangsa.

Saingan yang berlangsung selama empat hari itu mempertandingkan sebanyak empat acara lelaki dan wanita, dengan jumlah lapan pingat emas menjadi rebutan. 

Selaras dengan itu, Presiden Persatuan Lawn Bowl Malaysia (PLBM), Datuk Awalan Abdul Aziz, menyifatkan tahun 2025 sebagai antara pencapaian terbaik sukan lawn bowls negara, selepas skuad kebangsaan merangkul juara keseluruhan dalam Kejuaraan Boling Padang Asia edisi ke-16 dengan tujuh emas, dan meneruskan momentum dalam Piala Lion City, Singapura.

Turut hadir di majlis perasmian, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim, yang menjamin sokongan penuh Kementerian Belian dan Sukan (KBS) dalam penganjuran bertaraf dunia itu.

"Saya harap ini menjadi pentas terbaik mencungkil bakat-bakat baharu, serta mengiktiraf dan menggilap atlet supaya lebih tajam dan hebat," katanya.
Redoxon

Kekal Bertenaga, Kekal Sihat!

Redoxon dengan Vitamin C & Zinc bantu menyokong sistem imun untuk gaya hidup aktif — sama ada bersukan, bekerja, atau beriadah setiap hari.


Dapatkan Redoxon Sekarang

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video