Skip to main content

Sukan Lain

Kejohanan Bina Badan Dunia: Meilaura raih dua emas

dora-jimmy.jpg
Atlet bina badan negara, Meilaura Dora Jimmy, melakar kejutan apabila berjaya meraih dua pingat emas dalam Kejohanan Bina Badan Dunia yang berlangsung 1 hingga 7 Oktober di Uzbekistan.

Meilaura berkongsi kepada wartawan Astro Arena, Muiz Aziz, bahawa semua pengorbanan yang dilakukan sejak 2004 dalam sukan bina badan akhirnya rasa berbaloi setelah berjaya meraih dua pingat emas tersebut.

Meilaura juga mendedikasikan pingat tersebut kepada rakyat Malaysia serta pasukan dan jurulatihnya yang kini berada di Uzbekistan.

Atlet kelahiran Sabah itu berjaya meraih pingat tersebut menerusi dua kategori iaitu wanita terbuka 55 kilogram dan wanita 30 tahun.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video