Skip to main content

Sukan Lain

Kejohanan Asia Ragbi 2024: 23 pemain galas tanggungjawab berdepan Korea Selatan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ragbi-2024.jpg
Skuad ragbi negara telah mengumumkan seramai 23 pemain yang akan menggalas tugas untuk menentang Korea Selatan.

Kesemua pemain dan pegawai telah pun berlepas ke Incheon, Korea Selatan awal pagi semalam dan dijadualkan akan menentang pasukan lawan esok.

Pemain paling muda berusia 21 tahun, Harith El Iskandar Shah dan pemain paling berusia Mohd Fairuz Ab Rahman yang berusia 39 tahun antara yang bakal membelasah pemain Korea Selatan.

Gabungan pemain muda dan berpengalaman akan menjadi taruhan buat jurulatih, Mohd Farid Syazwan Abu Bakar bagi mendepani Korea Selatan yang berada di kedudukan jauh lebih baik berbanding Malaysia.

Semoga berjaya!
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video