Aaron Tai-Yap Roy King mempunyai keistimewaan tersendiri selepas muncul juara Terbuka Artik 2026.
Namun, mereka juga masih memerlukan masa untuk membentuk keserasian di bawah tunjuk ajar Herry Iman Pierngadi.
Dan ini diharap mampu diasah lagi menerusi cabaran seterusnya dalam Terbuka Denmark menentang Kang Min-hyuk dan Lee Jongmin dalam pusingan pertama.
"Hasilnya sudah nampak.
"Jadi program pecah ganding ini nampaknya berhasil," katanya di Nadi Arena.
Herry Iman juga mengesahkan pasangan negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, akan kekal bersama bermula di Denmark hingga temasya Sukan Olimpik Los Angeles (LA) 2028.
Aaron-Wooi Yik akan membuka kempen menentang Takuro Hoki dan Yugo Kobayashi hari ini.
"Setelah Sukan Asia berakhir, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik kembali bergandingan, begitu juga dengan Man Wei Chong dan Tee Kai Wun.
"Tapi saya nak kekalkan lagi gandingan Tai-King.
"Kami mahu terus mencuba gandingan ini dalam jelajah di Eropah iaitu Finland, Denmark, Perancis dan Jerman sebelum (melanjutkan kempen) dalam Masters Jepun," katanya.