ANGKAT BERAT
Kejohanan Angkat Berat Dunia: Misi penting Nur Syazwani di Bahrain
Atlet angkat berat negara kategori 64 kilogram, Nur Syazwani Radzi, menyasarkan angkatan yang sama dicatatkan pada temasya Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja iaitu jumlah keseluruhan yang menghadirkan gangsa dengan angkatan 184 kilogram, menerusi 80kg snatch dan 104 kilogram clean and jerk.
Biarpun bersikap realistik dengan mengakui kemampuan untuk merangkul sebarang pingat samar pada Kejohanan Angkat Berat Dunia 2024 di Manama, Bahrain pada 6 hingga 15 Disember depan, namun dia tetap ingin melakukan yang terbaik.
"Saya berusaha untuk mendapatkan angkatan keseluruhan pemenang pingat emas Sukan SEA terdahulu kerana mahu berusaha mendapatkan podium di Thailand nanti," kata Nur Syazwani.
Iklan
Sementara itu, jurulatih angkat berat negara, Edmund Yeo Thian Chuan, menyatakan matlamat utama Syazwani dihantar ke kejohanan dunia adalah untuk mendapat pendedahan sebelum sasaran pingat pada Sukan SEA 2025 Thailand.
"Persiapan kami kembali terarah kepada Sukan SEA dan Sukan Komanwel sekaligus membantu kontinjen negara memperoleh pingat di temasya tersebut," katanya menerusi Nadi Arena.
Must-Watch Video