Badang negara, Mohamad Aniq Kasdan, berasa kecewa biarpun berjaya memecahkan rekod kebangsaan pada penampilan terakhir dalam kategori 61kg di Kejohanan Asia 2025 di China.
Olimpian angkat berat negara itu melakukan angkatan 132kg dalam snatch sekali gus pecah memecahkan rekod kebangsaan miliknya sendiri sebelum ini.
Begitupun, dia gagal dalam semua tiga percubaan 163kg acara clean & jerk.
"Saya dapat rekod snatch bagi kategori 61kg memadamkan rekod lama saya iaitu 131kg yang saya lakukan tahun lalu.
"Saya beryukur kerana ini acara terakhir untuk 61kg, selepas ini akan kategori baru. Saya kecewakan sikit kerana tidak dapat angkat ketiga-tiganya." katanya.
Meskipun terlepas pingat namun Aniq tetap gembira kerana ia merupakan petanda positif buat dirinya dalam usaha memburu pingat di Sukan SEA Thailand pada Disember nanti.
Pingat emas menjadi milik atlet dari Korea Utara, Pak Myong Jin, dengan keseluruhan angkatan 306kg, manakala pingat perak dan gangsa milik atlet tuan rumah.