Penerjun negara, Bertrand Rhodict, menamatkan saingan di tempat ke-10 acara 10 meter platfom dalam Kejohanan Akuatik Dunia di Fukuoka, Jepun hari ini.
Selepas menjadi atlet negara pertama melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris, Bertrand Rhodict, terus mempamerkan aksi memberangsangkan di pusingan akhir acara 10 meter platform.
Dua terjunan pertama dengan darjah kesukaran 3.0 dan 3.2 menyaksikan Rhodict berjaya meraih 72 mata pada kedua-dua terjunan.
Prestasi Rhodict tampak meningkat selepas berjaya memungut 84.15 mata untuk menempatkan dirinya di kedudukan kelapan selepas tiga terjunan.
Namun terjunan keempat Bertrand sedikit menghampakan selepas sekadar dapat 66 mata dan menyebabkan dia semakin jauh ketinggalan daripada kelompok atas.
Pada terjunan kelima, Bertrand melakar 71.40 mata dengan terjunan 'reverse three and a half somersault' pada darjah kesukaran 3.4.
Bagaimanapun, bakal olimpian negara itu mencatat 76.80 mata pada terjunan terakhir dan menamatkan saingan di kedudukan kesepuluh.
Sementara itu, bekas penerjun negara yang juga beraksi dalam lima edisi Sukan Olimpik dan juga jurulatih terjun negara, Datuk Leong Mun Yee, menyifatkan kejayaan atlet 18 tahun itu sememangnya layak diraih dengan kerja keras yang ditunjukkan.
Menurutnya, fokus selepas ini buat kem terjun negara adalah mempersiapkan diri untuk bersaing di Sukan Asia September ini.
"Dia telah menampilkan persembahan yang konsisten sejak permulaan kejohanan," kata Mun Yee.
"Bertrand memiliki potensi untuk meningkatkan kualiti terjunan dan saya percaya mampu menghadirkan persembahan yang lebih baik."