Kemeriahan Festival & Piala Dunia B-15 FIFA 2026 yang berlangsung ketika ini didakwa diselubungi perkara negatif, dengan khabar angin itu semakin tersebar luar di media sosial.
Malah, wartawan antarabangsa, Romain Molina, mendedahkan kontroversi besar berkaitan ketidakpuasan hati melibatkan beberapa pasukan dan had umur yang dibenarkan.
Katanya, Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) didakwa jelas berdiam diri, namun belum ada sebarang pengesahan rasmi setakat ini.
Il y a énormément de polémiques et mécontentement à la Coupe du Monde U15 à cause des doutes entourant l'âge de beaucoup de joueurs/équipes Et pas uniquement des nations africaines comme certains l'imaginent (plusieurs sélections africaines ayant pris soin d'envoyer vraiment des U15 contrairement à d'autres) La FIFA est évidemment muette
— Romain Molina (@Romain_Molina) October 28, 2026
Pelapis Harimau Malaya yang menyertai kejohanan sulung itu buat kali pertama akan turun beraksi dalam suku akhir Tier B petang ini.
Skuad bawah 15 tahun (B-15) negara akan bersaing bagi kedudukan ke-49 hingga ke-56 dengan dijadual bertemu China pada aksi suku akhir Tier B, petang ini.