Debut Mauricio Pochettino sebagai pengurus Manchester United bakal terus diuji apabila dia perlu berdepan Liverpool di Anfield, Ahad ini -- lawan yang memiliki rekod cukup sukar untuk ditundukkan sepanjang karier pengurusannya.
Statistik jelas tidak memihak kepada pengendali dari Argentina itu apabila beliau hanya merekodkan tiga kemenangan daripada 19 pertemuan menentang The Reds.
Lebih membimbangkan, Pochettino turut mencatat lima keputusan seri dan 11 kekalahan, manakala lapan pertemuan terakhirnya menentang Liverpool berakhir tanpa sebarang kemenangan.
Kini, cabaran lebih besar menantinya apabila pertemuan di Anfield itu menjadi perlawanan pertama beliau sejak mengambil alih kendalian Manchester United.
Pochettino pastinya mahu memulakan era baharu di Old Trafford dengan keputusan positif, namun sejarah pertemuannya dengan Liverpool menjadi statistik yang perlu diubah jika mahu mencipta permulaan mengesankan bersama The Red Devils.