Bak kata orang, kalau anda bagus di mana juga diletakan anda akan tetap bagus dan bersinar..persoalanya hanyalah masa sahaja.
Mungkin itu yang paling sesuai dan layak kita berikan kepada atlet marathon dari Belanda, Sifan Hassan yang bukan sahaja merangkul pingat emas pada temasya Olimpik Paris 2024 pada acara itu selain dua pingat gangsa bagi acara 5000 meter dan 10,000 meter.
Tahukah anda sebenarnya atlet berstatus Islam itu sebenarnya berasal daripada negara Habsyah sebelum terpaksa berhijrah ke Belanda ketika usianya 15 tahun dengan berstatus pelarian.
Namun semua itu seperti bukanlah menjadi halangan besar untuknya mencipta kejayaan dalam hidup walaupun mungkin bermula dengan serba kekurangan pada awalnya.
Sifan yang juga merupakan atlet terakhir yang dikalungkan pingat sebelum temasya Olimpik Paris 2024 melabuhkan tirainya bukan hanya memenangi pingat emas dalam acara marathon bahkan turut mencatatkan rekod baru bagi acara tersebut.
Dalam tempoh seminggu, beliau muncul selaku atlet pertama yang mampu menuai tiga pingat dalam acara yang disertai selepas 72 tahun sejak temasya itu berlangsung.
Sebelum ini juga beliau turut pernah menyumbangkan dua pingat emas dan satu gangsa di Olimpik Tokyo 2020
Berpenampilan dengan hijab di atas podium terakhir Olimpik Paris 2024, pencapaian yang dipahat oleh atlet tersebut cukup memberikan seribu makna kepada dunia bahawa tiada sebarang halangan yang mampu
dibentangkan oleh sesiapa sahaja baik dari segi status kehidupan, agama bahkan warna kulit jika ada usaha dan takdir Tuhan yang mampu menentukan kesudahan terhadap segalanya
King Hisyam
Wed Aug 14 2024