Skuad bola jaring negara di landasan terbaik bagi persiapan menghadapi Sukan SEA Filipina, November depan, selepas menjuarai Kejohanan Bola Jaring Empat Negara di Hong Kong, hari ini.
Malaysia sudah lama tidak merasai kejuaraan sejak meraih pingat emas dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.
Skuad negara gagal mempertahankan gelaran juara Asia dalam Kejohanan Asia di Singapura ketika di bawah bimbingan Choo Kon Lee, September tahun lalu.
Dalam kejohanan di Hong Kong itu, skuad negara kembali diiringi jurulatih dari Australia, Tracey Robinson, yang membantu Malaysia melakar sejarah dalam Sukan SEA 2017.
Malaysia hanya tewas sekali dalam ketiga-tiga perlawanan peringkat awal.
Selepas tewas 38-51 kepada pasukan tuan rumah, skuad negara bangkit untuk menewaskan lawan sama dalam aksi final untuk muncul juara dengan kemenangan 57-44
"Permulaan perlawanan sememangnya sengit, namun kami meningkatkan permainan dalam setiap suku sebelum menewaskan Hong Kong dengan kemenangan besar," kata kapten negara, Nur Syafazliyana Mohd Ali.
"Apa yang kami sedang lakukan adalah membina pasukan bagi menghadapi Sukan SEA.
"Setiap kali kami beraksi dalam perlawanan antarabangsa, kami semakin meningkat naik.
"Buat masa ini, ia merupakan permulaan yang baik, namun kami perlu berusaha lebih keras," kata Robinson.