Raja keirin dunia, Azizulhasni Awang, terus mencuri tumpuan selepas berjaya menggegar Velodrom Hong Kong semalam, sekaligus mencipta sejarah selaku pelumba Malaysia pertama menggenggam emas dalam kejohanan dunia.
Selepas meraih pingat gangsa dalam Sukan Olimpik Rio 2016, Aziulhasni sekali lagi mencipta gemilang untuk mengakhiri penantian 10 tahunnya bergelar juara dunia.
Dua pingat perak dan dua gangsa yang diraih sebelum ini, menjadikan misinya di Hong Kong adalah untuk membutirkan kilauan emas biarpun pada pusingan kedua, dia sekadar mengisi kedudukan keempat.
Namun, kedudukan juara bertahan, Joachim Eilers, yang dibatalkan membolehkan dia mengisi slot final sebelum kayuhan bertenaganya menyaksikan dia meninggalkan jauh dua lawannya, yang juga mengisi ranking nombor satu dan dua dunia, Tomas Babek dan Fabian Hernando Puerta Zapata.
Kejayaan The Pocket Rocketman ini ternyata disambut meriah seluruh rakyat Malaysia, dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Menteri Belia dan Sukan, KhairyJamaluddin, serta bekas seteru utama yang juga idolanya, Chris Hoy, turut tidak ketinggalan melahirkan rasa kagum dan gembira di atas kejayaan pelumba dari Dungun, Terengganu ini.

"Sukar dipercayai, saya bukan berada di Malaysia tetapi saya mendapat sokongan yang mengagumkan daripada penonton yang hadir.
"Terima kasih kepada semua. Atlet berbasikal lain juga memberi semangat kepada saya.
"Saya sangat gembira. Semua orang bediri bertepuk tangan ketika saya memenangi perlumbaan, ini adalah satu penghormatan besar bagi saya," ujar Azizulhasni.