Skip to main content

Badminton

Piala Thomas: Man-Tee mahu main peranan penting kempen kali ini

b

Man Wei Chong-Tee Kai Wun melaungkan keyakinan awal jika diturunkan untuk memburu mata dalam kempen Piala Thomas di Horsens, Denmark yang akan membuka tirai esok.

Beregu lelaki kebangsaan itu hanya pernah beraksi dua kali dalam kempen berpasukan itu dan bakal membuat penampilan keempat mereka sejak 2020.

Advertisement

Bagaimanapun, bagi edisi 2026 Man-Tee hadir dengan keyakinan membara selepas kem pusat 10 hari bersama rakan sepasukan, menjelang perlawanan utama yang membuka tirai esok.

"Semua pemain sedia beri (curahkan kudrat) 100 peratus.

"Kalau kami diturunkan untuk kali keempat dan ia satu perlawanan yang penting, kami akan berjuang habis-habisan," kata Wei Chong.  

Menurut Kai Wun pula: "Kami sudah dapat menyesuaikan cuaca dan masa di sini.

"Jadi kami telah menjalani persiapan yang secukupnya."
 

Must Watch Video