Skip to main content

Advertisement

Sukan Lain

Keith tekad perbaiki rekod peribadi

500x281_keith9418.jpg
Perenang negara, Keith Lim, optimis mampu meleburkan rekod terbaik peribadinya, 23.10 saat, yang dilakukan tahun lalu dalam Kejohanan Renang Terbuka Malaysia bulan depan.

Keith menamatkan saingan acara 50m gaya bebas lelaki di tempat ketiga dengan catatan masa 23.76s dalam Kejohanan Renang Kebangsaan Peringkat Usia, hari ini.

Dia mengakui tidak meletakkan usaha penuh dalam kejohanan pertamanya tahun ini kerana meanganggap ia sebagai persiapan ke Terbuka Malaysia dan Sukan SEA Filipina 2019. 

"Ini merupakan kejohanan pertama untuk tahun ini. Saya masih lagi berusaha untuk mempertingkatkan lagi persembahan saya dan berharap untuk memperbaiki rekod peribadi dalam Terbuka Malaysia nanti," katanya.

Sementara itu, perenang wanita negara, Asmalia Filzati Redzuan, menamatkan saingan 50m gaya bebas wanita di kedudukan ketiga dengan catatan masa 28.47s.

Bagaimanapun, Asmalia menganggap kejohanan  itu adalah saingan permulaan baginya membaiki kekurangan yang dimiliki untuk meningkatkan prestasi. 

"Saya masih lagi dalam fasa latihan intensif ketika saingan ini berlangsung. Saya agak berpuas hati dan masih memiliki ruang untuk diperbaiki," katanya.

Advertisement

Must Watch Video