Skip to main content

Sukan Lain

Kehadiran Miller ke Malaysia lebih baik, kata Zainal

zainal.jpg
Skuad pecut negara diketuai juara Sukan SEA 2017, Khairul Hafiz Jantan, terpaksa melupakan hasrat berlatih di Eropah jika jurulatih dari Amerika Syarikat, Dwayne Miller, bersetuju untuk datang ke Malaysia dua minggu lagi.

Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) masih menunggu jawapan Miller untuk datang ke negara ini.

Bekas jurulatih pembangunan terbaik Jawatankuasa Olimpik Amerika Syarikat 2008 itu pernah mengendalikan skuad olahraga Qatar, Arab Saudi dan beberapa universiti di negara kelahirannya.

Andai beliau bersetuju datang ke Malaysia, maka semua perancangan untuk menghantar skuad pecut berguru di Eropah akan dibatalkan.

"KOM memutuskan bersama-sama Majlis Sukan Negara (MSN) untuk memilih pilihan kedua, dengan membawa jurulatih tersebut ke Malaysia.

"Ia akan membolehkan lebih ramai atlet mendapat pendedahan berlatih bersama-sama beliau. Kalau kita menghantar atlet ke luar, ia akan menelan belanja yang tinggi dan mengehadkan jumlah atlet yang terlibat," kata ketua jurulatih olahraga, Zainal Abas.

KOM akan mencalonkan 20 atlet ke Sukan Asia Indonesia menerusi mesyuarat pemilihan, esok.

Turut berada dalam perancangan KOM ialah memanggil semula dua bekas pelari pecut wanita, S. Komalam Shally dan Siti Fatimah Mohamad, untuk membentuk skuad kuartet 100m.

"Ia dalam proses. Kami cuba mendapat pengganti ataupun pelapis kepada (Zaidatul) Husniah (Zulkifli) untuk kita memperkuatkan barisan atlet.

"Walau apapun, kehadirannya mampu untuk membantu kita," kata Zainal lagi.

Advertisement

Must Watch Video