Pelari pecut remaja negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi dijangka terlepas pemilihan skuad kebangsaan bulan depan dan Kejohanan Tertutup Malaysia Disember ini ekoran kecederaan hamstring dalam aksi final pecut 60 meter Kejohanan Olahraga Under Distance.
Aksi itu dimenangi pelari jarak sederhana, Lukmanul Hakim Khairul Akmal dengan 6.7 saat, perak milik Azeem sementara Mohd Aqil Yasmin meraih gangsa.
"Ini merupakan kali pertama saya mengalami kecederaan hamstring dan berharap ia tidak berpanjangan kerana mahu kekal beraksi dalam saingan akan datang," kata Azeem.
Bagi Final wanita pula, Siti Fatimah Mohamad membuktikan dia masih lagi antara pelari pecut terbaik negara apabila muncul juara dengan 7.5 saat perak milik Nur Sarah Adi dari Universiti Putra Malaysia sementara R. Kirthana (MSN) meraih gangsa.
Realitinya, Fatimah tiada dalam program kebangsaan sejak 2017.
"Saya tidak meletakkan sebarang tekanan untuk memasuki sebarang program, buat masa ini, saya mengikut rentak kepada kemampuan yang saya dapat laksanakan sementara sentiasa terbuka untuk diserap semula kepada program yang telah ditetapkan pihak MSN," katanya.