Skip to main content

Sukan Lain

Kecederaan buku lali halang Latif beraksi di Perancis

27517latifromly.jpg
Atlet lompat jauh, Abdul Latif Romly, terpaksa melupakan hasrat untuk membuat lompatan sejauh 7.5 meter dalam aksi di Terbuka Perancis ekoran kecederaan kaki yang masih dirasai sehingga kini.

Mengikut perancangan, Latif sepatutnya mampu mencapai sasaran layak secara merit menerusi lompatan 7.5 meter dalamTerbuka Perancis yang akan berlangsung dari 26 Mei hingga 4 Jun depan.

Hasrat itu, bagaimanapun, terpaksa ditunda ekoran keadaan terkini Latif yang mengalami kecederaan buku lali yang menghalangnya untuk menyertai aksi di Perancis.

Jurulatihnya, Shahrul Amri Suhaimi, menegaskan kedaan Latif tidak serius dan dijangka pulih dalam masa terdekat.

"Saya mungkin terlepas beraksi di Perancis kerana mungkin tidak sempat pulih bagi memberikan fokus untuk kejohanan akan datang," kata Latif.

Sasaran lompatan 7.5 meter buat Latif kini beralih ke Terbuka Bangkok dari 12 hingga 15 Jun depan, dengan Latif sendiri menegaskan kelayakan meritnya ke Sukan SEA akan terlaksana di sana.

Advertisement

Must Watch Video