SUKAN LAIN
KBS rancang fokus gaya hidup warga emas
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, mengesahkan jumlah geran padanan sukan 2024 meningkat kepada RM10 juta lagi selepas bajet itu diluluskan minggu lepas di parlimen.
Geran padanan sukan pada 2024 diluluskan kerajaan sebanyak RM40j jadi akan bertambah ke RM50j bagi tahun hadapan.
"Ia sudah diluluskan di peringkat jawatankuasa minggu lepas tapi belum diluluskan di peringkat parlimen yang mungkin berlaku di Dewan Rakyat pada minggu depan.
Iklan
"Jadi sebaik diluluskan maka kami boleh meneruskan perancangan pada Januari depan," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.
Projek Road to Gold (RTG) juga tidak terlepas pandang apabila mendapat bajet khusus RM20j tahun depan.
Tegasnya, ia satu berita yang cukup baik memandangkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ketika ini sedang giat untuk menambahkan lagi jumlah penganjuran kejohanan membabitkan sukan teras terutama pembangunan akar umbi.
"Kami memang tumpukan RM20j untuk Sukan Olimpik Paris.
"Kami juga akan fokus kepada warga emas untuk pada tahun depan sebab mereka juga perlukan gaya hidup yang sihat," katanya lagi.
Must-Watch Video