Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Masters Games 2024 merupakan berita baik buat semua komuniti berkecimpung dalam arena sukan yang akan diadakan pada 21 hingga 24 November 2024.
Inisiatif tersebut khususnya buat warga veteran yang berusia 40 tahun ke atas untuk kekal aktif dalam sukan supaya dapat mengamalkan gaya hidup sihat, sekali gus mengurangkan kos kesihatan.
Acara sukan bagi golongan itu akan mempertandingkan 12 jenis sukan iaitu renang, badminton, berbasikal, petanque, catur, e-sukan, lawn bowls, memanah, olahraga, pickleball, ping pong dan sepak takraw.
Sebanyak 51 jumlah acara, 36 kategori umur dan 998 pingat ditawarkan untuk edisi sulung ini.
"Pihak KBS berharap ini adalah permulaan untuk mengembangkan bidang sukan kepada semua aspek dan mahu semua lapisan masyarakat meminati sukan," kata Timbalan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Jefri Ngadirin, dalam segmen tetamu jemputan Nadi Arena.
Untuk perincian lebih lanjut, boleh layari kbsmastersgames2024.nsc.gov.my bagi menghantar penyertaan dan menjadi sebahagian daripada kejohanan.
Najmi Iman
Tue Nov 12 2024