Skip to main content

Advertisement

Sukan Lain

KBS kembalikan Program Podium

syed-saddiq-kbs.jpg
Menteri Belia dan Sukan , Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, mengambil pusingan U dengan kembali semula kepada program berprestasi tinggi yang asal.

Perkara itu diumumkan Syed Saddiq di Putrajaya sebentar tadi dengan atlet negara ditetapkan matlamat dalam kejohanan utama sehingga 2022.

Hanya beberapa perubahan kecil diperkenalkan dalam program yang telah dilaksanakan sejak 2016 itu. 

Selebihnya, program itu lebih menekankan kebajikan atlet dan pencapaian besar bukan lagi keutamaan atlet. 

Mana-mana atlet yang menaiki podium akan menerima elaun sama rata kerana dianggap telah mencapai objektif program masing-masing. 

Walaupun dilihat ia boleh menjejaskan semangat untuk atlet negara mencabar diri sendiri ke peringkat tertinggi, Majlis Sukan Negara (MSN) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tetap menganggap program itu masih relevan dalam pemburuan pingat emas pertama Sukan Olimpik 2020.

Ikuti perkembangan selanjutnya dalam Nadi Arena yang seterusnya. 
 

Advertisement

Must Watch Video