Atlet karate sensasi negara, Syakilla Salni Jefry Krishnan, menjuarai acara kumite kategori 61 kilogram dalam Kejohanan Karate Terbuka Kebangsaan di Serdang, hari ini.
Syakilla, yang sebelum ini mencetus kontroversi mengenai masalah berat badan dan ketegangannya dengan ketua jurulatih negara, Ali Reza Souleymani, melaungkan kepuasannya selepas menjuarai kategori itu.
Bekas jaguh nombor satu dunia itu mudah menewaskan wakil Kuala Lumpur, N. Vanitha, 6-2 untuk dinobat juara dan dia jelas tidak terpengaruh dengan peningkatan berat badan yang menyebabkan program latihannya di Amsterdam, Belanda dibatalkan awal bulan ini.
"Setakat ini, saya amat berpuas hati dengan prestasi yang dipamerkan memandangkan saya sudah lama tidak beraksi dalam kategori 61 kilogram.
"Saya berasa lebih berkeyakinan untuk beraksi dalam kategori ini berbanding 55 kilogram.
"Bagaimanapun, kategori ini hanya untuk Sukan SEA Filipina dan dalam kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 pula, saya mahu kekal dalam kategori 55 kilogram," katanya.