Kredibiliti atlet karate kebangsaan kini tercabar selepas M. Sethupathi menumbangkan pemenang pingat perak Sukan Asia Doha 2006, I. Kunasilan, dalam final kategori 60 kilogram Kejohanan Karate Terbuka Kebangsaan di Serdang, hari ini.
Wakil Persekutuan Goshin-ryu Karate itu berharap Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF) akan memberikan peluang dan kepercayaan untuk dia mewakili negara dalam Sukan SEA Filipina 2019.
Sethupathi juga mengakui ia bukan tugas mudah untuk menewaskan Kunasilan selepas turut menewaskan seorang lagi atlet kebangsaan, G. Marathu.
"Saya amat tertekan memandangkan dia merupakan bekas atlet kebangsaan.
"Selepas ini, saya mungkin akan menyertai skuad kebangsaan bagi mewakili negara dalam Sukan SEA Filipina 2019," katanya.
Sementara itu, atlet negara, Denish Roy, mempamerkan aksi cemerlang untuk menang mudah ke atas wakil Sabah, Sining Roney Roger, dalam kategori 84 kilogram.
Denish menganggap teknik yang diajar ketua jurulatih negara, Ali Reza Souleymani, menjadi pencetus kejayaannya itu
"Sistem yang diterapkan Ali Reza memberikan peluang yang lebih besar untuk menang.
"Ia amat berbeza dengan sistem-sistem terdahulu.
"Saya mengikuti segala tunjuk ajarnya dan menang mudah," katanya.